Profil Kami

     LUBUK LIMA TRADING & RESOURCES telah ditubuhkan secara rasmi pada 16 Februari 2011. Perniagaan ini diuruskan oleh empat orang belia yang berkebolehan dan berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang jualan dan pemasaran.

     Lubuk Lima adalah perniagaan yang berstatus 100% Bumiputera dibawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 bernombor pendaftaran 002015973-W. Kini Lubuk Lima melangkah setapak kehadapan kerana secara rasmi menubuhkan syarikat berstatus Sendirian Berhad (Sdn Bhd) iaitu SENADA JATI SDN BHD (1094087-W) pada 20 Mei 2014 serta berdaftar di bawah Kementerian Kewangan (MOF). Kini, kami berkelayakan untuk memasuki tender-tender kerajaan dalam sektor pembekalan dan perundingan.

     Senada Jati akan terus memberikan komitmen sepenuhnya demi mencapai kualiti perkhidmatan yang terbaik secara professional, berkepakaran dan berteknologi. Oleh itu, kami mensasarkan untuk bersaing diperingkat global mengikut piawaian yang ditetapkan bagi mendapatkan pengiktirafan oleh badan-badan yang berkaitan.

   Kami meletakkan harapan agar perniagaan kami lebih berdaya maju seiring dengan galakan kerajaan Malaysia yang menyeru supaya agenda pembangunan bumiputera diperkukuhkan.


NAMA PERNIAGAAN                                : SENADA JATI SDN BHD

NO. ROC                                                   : 1094087–W
PEJABAT URUSAN                                   : NO.51B, LORONG SANGGUL 1F,
                                                                     BANDAR PUTERI,
                                                                     41200 KLANG,
                                                                     SELANGOR DARUL EHSAN.
NO H/P                                                      : +6013 229 9764

BANK PANEL                                            : HONG LEONG BANK BERHAD
CAWANGAN BANK                                   : Taman Sentosa, Klang
NO AKAUN                                                : 108000-62-705

NO PENDAFTARAN KEM. KEWANGAN  : 357-02224871